Khamis, 8 Ogos 2013

Kitaran Nitrogen: Ammonia, Nitrit Dan Nitrat



Amonia

Ammonia terbentuk dari bahan buangan hidupan air,sisa makanan dan tumbuhan yang mereput . Ammonia adalah bahan yang beracun kepada kehidupan,kadar ammonia dalam akuarium perlu dikekalkan pada tahap hampir-hampir kepada sifar.pada tahap ini, sebarang alatan mengesan amonia tidak mampu mengesan sebarang ammonia...keracunan ammonia akan lebih ketara jika air dalam keadaan alkali.

Dalam sebuah akuarium yang matang, bakteria akan mengubah ammonia kepada nitrit seterusnya mengekalkan tahap ammonia pada hampir-hampir sifar.

Bagaimanapun, beberapa keadaan akan menyebabkan paras ammonia ke paras yang merbahaya iaitu:
a. terlebih beri makan
b. kegagalan system penapis air
c. penggunaan ubat-ubatan(ubat-ubatan membunuh bakteria)
d. bilangan ikan yang terlalu padat(penghasilan amonia terlalu pantas)
e. mencuci penapis air terutama penapis jenis biologi( menyingkirkan bakteria)

Bakteria-bakteria yang menukar ammonia ini memerlukan masa untuk membiak dan populasinya bertambah sehingga mencapai satu tahap stabil mengikut penghasilan amonia dalam sesuatu akuarium atau mencapai tahap tepu.pada tahap stabil, paras ammonia akan sentiasa berada pada paras hapir-hampir sifar..pada tahap tepu, populasi bakteria tidak dapat berkembang lagi dan akan mengakibatkan jumlah ammonia yang dicerna kurang dari ammonia yang dihasilkan.

Nitrit

Nitrit juga adalah bahan yang merbahaya kepada ikan.ia perlu dikekalkan pada tahap hampir-hampir sifar..pada tahap ini,peralatan pengesan nitrit tidak mampu mengesan kehadiran nitrit.. Nitrit juga boleh melepasi tahap bahaya iaitu 0.1ppm(0.1 bahagian dari sejuta bahagian) pada air akuarium matang akibat:
a. terlebih beri makan
b. kegagalan system penapis air
c. penggunaan ubat-ubatan(ubat-ubatan membunuh bakteria)
d. bilangan ikan yang terlalu padat(penghasilan amonia terlalu pantas)
e. mencuci penapis air terutama penapis jenis biologi( menyingkirkan bakteria)

Kehadiran nitrit dalam air memerlukan masa yang lebih panjang untuk dipulihkan semulajadi berbanding ammonia, maka tanda-tanda keracunan akan berlarutan.... Antara tanda-tanda keracunan nitrit ialah ikan kelihatan tercungap-cungap yang biasanya disalah anggap kekurangan oksigen dalam air, sebenarnya nitrit akan bertindakbalas dengan homoglobin dalam darah seterusnya menhalang darah dari mengangkut oksigen dalam tubuh ikan.dan ikan akan kelihatan pasif dan mungkin boleh mati lemas.... Lagi sekali, bakteria dalam air akuarium matang akan menukarkan nitrit kepada nitrat...

Nitrat
 
Nitrat adalah bahan yang kurang merbahaya kepada ikan. Kadar nitrat yang mampu membunuh ikan adalah 1000ppm(1000 bahagian dari sejuta bahagian).

Bagaimanapon,kadar nitrat yang sederhana tinggi pada jangka masa lama mampu memberi kesan kesihatan kepada ikan terutama pada sistem peranakan, kadar yang di syorkan ialah tidak lebih dari 50ppm. Kadar nitrat dikawal dengan menukar sebahagian air berjadual

Ringkasan
Kawalan amonia dan nitrit adalah dengan bantuan bakteria manakala kawalan terhadap nitrat adalah dengan menyalin sebahagian air.