Malaysian Golden Blue Base , 13 Ekor, Umur 2 tahun , 15-17 inci , Diet Seluang dan Cengkerik.....Nak kena pindah lokasi kerja sebelum 2 Januari 2015...
Arowana Club
KEUNIKAN AROWANA ADALAH KEHEBATAN PENCIPTANYA
Jumaat, 19 Disember 2014
Khamis, 8 Ogos 2013
Kitaran Nitrogen: Ammonia, Nitrit Dan Nitrat
Amonia
Ammonia terbentuk dari bahan buangan hidupan air,sisa makanan dan tumbuhan yang mereput . Ammonia adalah bahan yang beracun kepada kehidupan,kadar ammonia dalam akuarium perlu dikekalkan pada tahap hampir-hampir kepada sifar.pada tahap ini, sebarang alatan mengesan amonia tidak mampu mengesan sebarang ammonia...keracunan ammonia akan lebih ketara jika air dalam keadaan alkali.
Dalam sebuah akuarium yang
matang, bakteria akan mengubah ammonia kepada nitrit seterusnya mengekalkan
tahap ammonia pada hampir-hampir sifar.
Bagaimanapun, beberapa
keadaan akan menyebabkan paras ammonia ke paras yang merbahaya iaitu:
a. terlebih beri makan
b. kegagalan system penapis
air
c. penggunaan
ubat-ubatan(ubat-ubatan membunuh bakteria)
d. bilangan ikan yang
terlalu padat(penghasilan amonia terlalu pantas)
e. mencuci penapis air
terutama penapis jenis biologi( menyingkirkan bakteria)
Bakteria-bakteria yang
menukar ammonia ini memerlukan masa untuk membiak dan populasinya bertambah
sehingga mencapai satu tahap stabil mengikut penghasilan amonia dalam sesuatu
akuarium atau mencapai tahap tepu.pada tahap stabil, paras ammonia akan
sentiasa berada pada paras hapir-hampir sifar..pada tahap tepu, populasi
bakteria tidak dapat berkembang lagi dan akan mengakibatkan jumlah ammonia yang
dicerna kurang dari ammonia yang dihasilkan.
Nitrit
Nitrit juga adalah bahan yang merbahaya kepada ikan.ia perlu dikekalkan pada tahap hampir-hampir sifar..pada tahap ini,peralatan pengesan nitrit tidak mampu mengesan kehadiran nitrit.. Nitrit juga boleh melepasi tahap bahaya iaitu 0.1ppm(0.1 bahagian dari sejuta bahagian) pada air akuarium matang akibat:
a. terlebih beri makan
b. kegagalan system penapis
air
c. penggunaan ubat-ubatan(ubat-ubatan
membunuh bakteria)
d. bilangan ikan yang
terlalu padat(penghasilan amonia terlalu pantas)
e. mencuci penapis air
terutama penapis jenis biologi( menyingkirkan bakteria)
Kehadiran nitrit dalam air
memerlukan masa yang lebih panjang untuk dipulihkan semulajadi berbanding
ammonia, maka tanda-tanda keracunan akan berlarutan.... Antara tanda-tanda
keracunan nitrit ialah ikan kelihatan tercungap-cungap yang biasanya disalah
anggap kekurangan oksigen dalam air, sebenarnya nitrit akan bertindakbalas
dengan homoglobin dalam darah seterusnya menhalang darah dari mengangkut
oksigen dalam tubuh ikan.dan ikan akan kelihatan pasif dan mungkin boleh mati
lemas.... Lagi sekali, bakteria dalam air akuarium matang akan menukarkan
nitrit kepada nitrat...
Nitrat
Nitrat
adalah bahan yang kurang merbahaya kepada ikan. Kadar nitrat yang mampu
membunuh ikan adalah 1000ppm(1000 bahagian dari sejuta bahagian).
Bagaimanapon,kadar nitrat
yang sederhana tinggi pada jangka masa lama mampu memberi kesan kesihatan kepada
ikan terutama pada sistem peranakan, kadar yang di syorkan ialah tidak lebih
dari 50ppm. Kadar nitrat dikawal dengan menukar sebahagian air berjadual
Ringkasan
Kawalan amonia dan nitrit adalah dengan bantuan bakteria manakala kawalan terhadap nitrat adalah dengan menyalin sebahagian air.
Kawalan amonia dan nitrit adalah dengan bantuan bakteria manakala kawalan terhadap nitrat adalah dengan menyalin sebahagian air.
Ahad, 24 Februari 2013
Asal Arowana Malaysian Golden Head
Arowana Golden Head sebenarnya
bukanlah baka Malaysia Golden atau MG tulen. Malah ia adalah baka yang terhasil
dari teknologi kacukan (hibrid) di antara baka MG dan baka arowana merah (red
arowana).
Begitu pun, arowana golden head ini adalah digolongkan dalam famili
Golden series. Terdapat "gold ring" atau jalur berwarna emas yang
berbentuk seperti cincin melitupi lingkaran luar sisik, yang merupakan kriteria
utama MG.
Pada arowana golden head, gold ring
ini meliputi semua barisan sisik termasuk sisik di paras 6. Walau bagaimanapun,
warna emas "gold ring" ini kurang pekat berbanding dengan MG (iaitu
less intense).
Di samping itu terdapat tompokan emas pada bahagian atas kepala (forehead) juga. Apabila cukup dewasa dan bila dibela di dalam akuarium dengan latarbelakang gelap, warna emasnya kelihatan pekat. Seperti juga MG, salah satu ciri Golden Head adalah kehadiran "chu" yang halus dan tersusun kemas di bawah sirip dorsal fin.
Di samping itu terdapat tompokan emas pada bahagian atas kepala (forehead) juga. Apabila cukup dewasa dan bila dibela di dalam akuarium dengan latarbelakang gelap, warna emasnya kelihatan pekat. Seperti juga MG, salah satu ciri Golden Head adalah kehadiran "chu" yang halus dan tersusun kemas di bawah sirip dorsal fin.
"Chu" atau juga dipanggil
"pearlis" adalah merupakan sisik-sisik halus berwarna keemasan yang
terdapat pada badan ikan di bahagian bawah sirip atas (dorsal fin). Kehadiran
"Chu" adalah merupakan kriteria penting untuk mengkelaskan arowana
dan membezakan MG dengan lain-lain baka seperti Golden High Back.
Golden Head...terdapat tompokan emas
pada bahagian kepala. Sisik disaluti warna emas sampai ke atas belakang (level
6)
Arowana Golden Head merupakan baka
termahal dalam species Malaysia Golden. Ia matang dan mula membiak selepas usia
3 tahun. Adalah dikatakan bahawa Arowana Golden Head dihasilkan melalui kacukan
(crossbreed) baka MG dengan Blood Red oleh pengusaha-pengusaha arowana
Singapura yang kemudiannya mengkomersilkan baka ini.
Khamis, 14 Februari 2013
Langkah Penjagaan Arowana
Pastikan PH air dalam bacaan 7
ke atas, Jika PH rendah lakukan ujian PH++, sila ikut peraturanya...
Tukar air 1 Minggu sekali
- Hanya buang 25% air sahaja
- Masukan anti klorine atau garam
- Gosok gelas bersihkan dari lumut
- Masukan anti klorine atau garam
- Gosok gelas bersihkan dari lumut
Makanan
Beri makanan yang berlainan menu supaya berlaku pengimbangan zat dan
vitamin
Catu makanan mengikut masa
Catu makanan mengikut masa
Perhiasan
Pastikan hiasan yang selamat dan tidak akan mencederakan sisik ikan
Lebih elok kosongkan sahaja akuarium dari sebarang objek hiasan
Lampu
Dipasang tidak melebihi 8 jam sehari
Gunakan lampu khas (Violet : untuk ikan / Kuning : untuk tumbuhan)
Lebih elok kosongkan sahaja akuarium dari sebarang objek hiasan
Gunakan lampu khas (Violet : untuk ikan / Kuning : untuk tumbuhan)
PERHATIAN
- Elakan mecelup tangan ke dalam air, jika perlu basuh lah sebersihnya...
- Ikan juga mengalami stress, jadi jangan tepuk cermin atau kocak2 air
- Sentiasa peka akan
perubahan sisik + sirip + mata dan mood makan
- Dalami tabiat ikan ini.. pasti penjagaan akan lebih mudah
- Ikan juga mengalami stress, jadi jangan tepuk cermin atau kocak2 air
- Sentiasa peka akan perubahan sisik + sirip + mata dan mood makan
- Dalami tabiat ikan ini.. pasti penjagaan akan lebih mudah
Rabu, 6 Februari 2013
Nilai Eksport RM444j Tahun Lalu
RAMAI
tidak mengetahui ikan arowana atau kelisa yang kini menerima jolokan ikan
hiasan termahal di dunia pernah dijadikan lauk dan ikan pekasam oleh masyarakat
setempat kerana ia mudah ditemui di sekitar tasik dan sungai.
Mungkin
ada yang terkejut namun itu hakikatnya kerana ikan hiasan itu pernah menjadi
hidangan lauk-pauk utama masyarakat tempatan terutama di sekitar Bukit Merah
dan Kerian pada suatu ketika dahulu.
Kini,
evolusi berlaku apabila ikan hiasan yang dianggap tuah dan 'ong' oleh
masyarakat Cina itu digilai ramai sehingga ada sanggup mengeluarkan puluhan
ribu ringgit bagi mendapatkan ikan hiasan eksotik itu.
Lebih
membanggakan, Malaysia kini gah di peta dunia apabila spesies termahal dari
padanya. Antara spesies sering mendapat permintaan tinggi kini ialah Malaysia Golden,
Golden High Back, Red Arowana, Silver Arowana dan Green Arowana.
Ikan yang turut mendapat jolokan nama Dragon Fish dan Dragon Bonytongues selain ikan peyang, tangkelesa, kelesa, siluk, kahyangan oleh beberapa etnik di Indonesia itu turut dikategorikan sebagai haiwan karnivor kerana ia menjadikan ulat, udang kering, cacing dan cengkerik sebagai makanan utama.
Malaysia
boleh dianggap negara pengeluar utama ikan hiasan itu berikutan kedudukan
negara beriklim khatulistiwa, sekali gus menjadi habitat terbaik untuk ikan itu
membiak selain faktor kesesuaian kadar pH air.
Kadar
pH air Tasik Bukit Merah, Bukit Merah antara 6.8 hingga 7.4 menjadikan ia
lokasi terbaik untuk proses pembiakan ikan berkenaan di negara ini.
Selain
itu, dalam satu kajian genetik dilakukan menunjukkan ikan arowana yang hidup
kini berasal daripada keturunan Arapaima dan Arowana Afrika yang dianggarkan
hidup kira-kira 220 juta tahun dulu.
Ketua
Pengarah Perikanan, Datuk Ahamad Sabki Mahmood berkata, kerajaan sudah
meletakkan ikan hiasan termasuk arowana sebagai satu bidang berkepentingan
tinggi di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara sehingga 2020.
Menurutnya,
peluang perniagaan yang diwujudkan dalam industri berkenaan dijangka mampu
menyumbang kira-kira RM600 juta kepada pendapatan negara kasar selain
mewujudkan 100,000 peluang baru pekerjaan.
"Lebih
penting, Malaysia akan kekal sebagai pengeluar utama ikan hiasan di dunia.
Daripada jumlah itu, kira-kira 10,000 hingga 15,000 ekor anak ikan arowana
dihasilkan penternak di sekitar Bukit Merah.
"Ia
satu perkembangan baik untuk negara. Justeru, kami juga akan memperkenalkan
Standard Spesifikasi Ikan Arowana Emas Malaysia atau DOF STAN 1:2012 sebagai
usaha awal untuk menjadikan ikan hiasan bernilai tinggi itu sebagai warisan
negara," katanya.
Berdasarkan
statistik terbaru dikeluarkan, nilai eksport ikan hiasan dari Malaysia termasuk
arowana Emas ke seluruh dunia mencecah nilai RM444 juta tahun lalu.
Jadi
tidak hairanlah, pengusaha kolam ternakan ikan arowana mampu bergelar jutawan
dalam masa singkat sebaik menceburi industri berkenaan.
Dari
sudut pemeliharaan ikan arowana, pakar Feng Shui terkenal, Stanley Tham Fook
Cheong menganggap ikan hiasan berkenaan sebagai spesies yang hebat, raja ikan
dan membawa tuah.
Dalam
bahasa Mandarin, ia dikenali sebagai Chin Loong manakala Kantonis pula
menggelarnya Kam Loong bermaksud naga emas.
Stanley
berkata, pemilik ikan dianggap ada 'ong' apabila ikan yang dimiliki lebih besar
dan sisik yang bercahaya. Beliau
yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang feng shui berpendapat, ikan
arowana mampu memberi kekayaan, kekuasaan dan kesihatan baik kepada pemiliknya.
Artikel
ini disiarkan pada : 2013/01/07
Oleh
Mohd Husni Mohd Noor dan Wan Asrudi Wan Hasan
Sumber:
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/NilaieksportRM444jtahunlalu/Article/index_html
Langgan:
Catatan (Atom)