Amonia
Ammonia terbentuk dari bahan buangan hidupan air,sisa makanan dan tumbuhan yang mereput . Ammonia adalah bahan yang beracun kepada kehidupan,kadar ammonia dalam akuarium perlu dikekalkan pada tahap hampir-hampir kepada sifar.pada tahap ini, sebarang alatan mengesan amonia tidak mampu mengesan sebarang ammonia...keracunan ammonia akan lebih ketara jika air dalam keadaan alkali.
Dalam sebuah akuarium yang
matang, bakteria akan mengubah ammonia kepada nitrit seterusnya mengekalkan
tahap ammonia pada hampir-hampir sifar.
Bagaimanapun, beberapa
keadaan akan menyebabkan paras ammonia ke paras yang merbahaya iaitu:
a. terlebih beri makan
b. kegagalan system penapis
air
c. penggunaan
ubat-ubatan(ubat-ubatan membunuh bakteria)
d. bilangan ikan yang
terlalu padat(penghasilan amonia terlalu pantas)
e. mencuci penapis air
terutama penapis jenis biologi( menyingkirkan bakteria)
Bakteria-bakteria yang
menukar ammonia ini memerlukan masa untuk membiak dan populasinya bertambah
sehingga mencapai satu tahap stabil mengikut penghasilan amonia dalam sesuatu
akuarium atau mencapai tahap tepu.pada tahap stabil, paras ammonia akan
sentiasa berada pada paras hapir-hampir sifar..pada tahap tepu, populasi
bakteria tidak dapat berkembang lagi dan akan mengakibatkan jumlah ammonia yang
dicerna kurang dari ammonia yang dihasilkan.
Nitrit
Nitrit juga adalah bahan yang merbahaya kepada ikan.ia perlu dikekalkan pada tahap hampir-hampir sifar..pada tahap ini,peralatan pengesan nitrit tidak mampu mengesan kehadiran nitrit.. Nitrit juga boleh melepasi tahap bahaya iaitu 0.1ppm(0.1 bahagian dari sejuta bahagian) pada air akuarium matang akibat:
a. terlebih beri makan
b. kegagalan system penapis
air
c. penggunaan ubat-ubatan(ubat-ubatan
membunuh bakteria)
d. bilangan ikan yang
terlalu padat(penghasilan amonia terlalu pantas)
e. mencuci penapis air
terutama penapis jenis biologi( menyingkirkan bakteria)
Kehadiran nitrit dalam air
memerlukan masa yang lebih panjang untuk dipulihkan semulajadi berbanding
ammonia, maka tanda-tanda keracunan akan berlarutan.... Antara tanda-tanda
keracunan nitrit ialah ikan kelihatan tercungap-cungap yang biasanya disalah
anggap kekurangan oksigen dalam air, sebenarnya nitrit akan bertindakbalas
dengan homoglobin dalam darah seterusnya menhalang darah dari mengangkut
oksigen dalam tubuh ikan.dan ikan akan kelihatan pasif dan mungkin boleh mati
lemas.... Lagi sekali, bakteria dalam air akuarium matang akan menukarkan
nitrit kepada nitrat...
Nitrat
Nitrat
adalah bahan yang kurang merbahaya kepada ikan. Kadar nitrat yang mampu
membunuh ikan adalah 1000ppm(1000 bahagian dari sejuta bahagian).
Bagaimanapon,kadar nitrat
yang sederhana tinggi pada jangka masa lama mampu memberi kesan kesihatan kepada
ikan terutama pada sistem peranakan, kadar yang di syorkan ialah tidak lebih
dari 50ppm. Kadar nitrat dikawal dengan menukar sebahagian air berjadual
Ringkasan
Kawalan amonia dan nitrit adalah dengan bantuan bakteria manakala kawalan terhadap nitrat adalah dengan menyalin sebahagian air.
Kawalan amonia dan nitrit adalah dengan bantuan bakteria manakala kawalan terhadap nitrat adalah dengan menyalin sebahagian air.