'Green Arowana' ataupun lebih di kenali oleh
masyarakat tempatan sebagai 'kelisa hijau' merupakan salah satu spesis ikan
kelisa Asia Tenggara yang sangat diminati. Kelisa ini mendiami sungai dan tasik
besar yang tertentu di Asia Tenggara (tidak termasuk Filipina) seperti Tasik
Kenyir.
Spesis ini merupakan spesis kelisa yang termurah
selain daripada 'yellow-tail' dan 'pearl ' arowana. Bagi penggemar yang baru
menceburkan diri untuk memiliki spesis arowana sebagai ikan hiasan di rumah,
spesis ini sangat di sarankan kerana harganya yang murah di pasaran tempatan.
Harga bagi anak 'kelisa hijau' bersaiz 3'-5' kebiasaannya antara RM150-RM180.
Namun begitu bagi memilih anak ikan ini, pengalaman
di perlukan untuk membezakan sama ada baka yang di beli tidak tertukar dengan
spesis 'yellow-tail' arowana kerana warna dan struktur badannya yang hampir
sama. Warna hijau yang menyerlah akan muncul pada sisik yang ke-4 dan ke-5
apabila ikan ini mencapai usia seawal usia 7-9 bulan.
Bentuk ikan ini agak membujur dan sedikit memendek.
Kesemua sektor siripnya pula hijau-kekelabuan sementara ekornya membulat di
bahagian hujung.Saiz maksimum ikan ini bawah 90cm (kira-kira 30'-35' inci).
Warna kedua-dua belah mata bagi induk ikan ini adalah jernih kekuningan dan
sesetengahnye berwarna sedikit kemerahan.
Namun begitu variasinya bergantung pada habitat
asal ikan tersebut. Warna sisiknya yang putih pudar (telus cahaya) haruslah
meliputi dari bahagian abdomen sehingga sisik yang ke-5.
Terdapat lagi satu spesis iaitu 'Nami Green
Arowana' yang mana di badannya terdapat corak batik yang unik. Gelaran 'Nami'
yang diberikan sempena nama satu-satunya habitat asal ikan ini di sekitar
kawasan Empangan Nami, Kedah. Namun begitu, ikan ini semakin sukar untuk di
dapatkan kerana kuantitinya yang semakin berkurangan. Ada juga yang mengatakan
ikan ini terdapat di Tasik Kenyir. Spesis ini juga adalah sangat sukar didapati
di pasaran tempatan bagi tujuan kemersial.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan